Monday, June 21, 2010

Merintis denai membina laluan


Ketika saya mengambil alih kedudukkan sebagai Adun tahun 2008,saya lihat harapan rakyat kepada wakil rakyatnya begitu tinggi,terdapat golongan yang tercicir daripada segala kemudahan asas,ada kampung yang tidak dapat dihubungi dengan jajaran jalan tanah merah apatah lagi jalan bitumin atau jalan tar,terdapat kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih,masih terdapat penduduk yang tinggal dirumah beratap zink,beratap daun bertam atau (Cucuh)berdinding buluh,kulit kepong dan papan gergaji kayu hutan.

Ketika lawatan pertama saya kekampung Sungai Yap dan Kampung Tanjung Betong mereka amat mengharapkan agar jalan dibina,penduduk memaklumkan kepada saya kisah sedih mereka kehilangan rakan mereka, yang mengalami peristiwa hitam apabila boat yang dinaiki pelajar karam sewaktu perjalanan mereka kesekolah.

Saya bersama penduduk kampung Tanjung Betong,mereka juga menceritakan kesusahan untuk menghantar anak kesekolah dan mengeluarkan hasil pertanian dari ladang mereka.

Saya terus kekampung Doja,Kg Pasir Durian,Ulu Retang dan Kampung Gemuruh mereka juga mengeluh jalan yang sempit dinaungi pokok pokok dan tidak lagi selamat digunakan,anak anak kesekolah juga melalui kawasan yang berbahaya,penduduk dikawasan ini juga melalui kawasan ini untuk kejeti Kuala Tembeling.

80% penduduk Dun tahan mengharapkan agar dapat disegerakan pembinaan jalan dan beberapa jambatan untuk kegunaan harian penduduk.

Saya mengangarkan peruntukkan yang diperlukan untuk tujuan pembinaan kemudahan asas lebih kurang RM 500 Juta,termasuk jalan hulu tembeling,namun bukanlah bermaksud ianya mesti dilaksanakan secara serentak,perlaksanaan secara berperingkat peringkat amatlah dialu alukan.

No comments:

Post a Comment