Wednesday, June 23, 2010

Perjalananku





Apakah ini sebuah perjalanan zaman silam secara tradisi dan apakah ianya harus diteruskan hingga masa depan,apakah ini harus ditempohi walau pun orang lain sudah menongkah teknologi moden , kini keadaan masih tidak berubah secara keseluruhanya, apakah kami hanya lanyak untuk terus menongkah arus deras, jeram berbatu,kontang panas ketika kemarau,dibawah naungan panas terik matahari apakah hanya ini layaknya kami.

Namun kini kami hanya mampu untuk terus berdoa dan berharap, agar akan ada kehadiran baru yang mampu bawak perubahan kepada kami semua.

Ya Allah kehadrat mu kupohonkan keampunan bagi diriku,Ibu-Bapaku dan penduduk kampungku,

Syurga mu aku tak layak,
Keneraka mu aku tak tahan,
Ampunkan aku dan seluruh kaumku dan seluruh penduduk kampungku,

Kupohonkan rahmatmu untuk kuteruskan perjalanan ini,(lantas mendongak kelangit yang tidak mengunakan kapalterbang) lalu tunduk memandangan kealiran air sungai tembeling,yang juga tidak mengunakan kereta,Dan kupohonkan selamatkanlah perjalanan kami ini yang hanya mengunakan boatttttttttt ajeeeeeeeeeeeeee.

Amin.

Tuesday, June 22, 2010

pengurusan cemerlang membawa kejayaan


Struktur Pengurusan Dun Tahan, bertemakan "kerjasama Sepakat" untuk memastikkan pengurusan Dun Tahan menepati kehendak dan aspirasi penduduk dan pengundi.

Disini dibariskan struktur Pengurusan Pejabat Dun Tahan:-


YB.Dato Wan Amizan B.Wan Abdul Razak.
Adun Tahan/Pengarah.


Haji Wan Anuar Hakim Bin Wan Majid.AMP,PKT
Pegawai khas Pentadbiran dan Pengurusan

Noor Samsuddin R.Latif
Pegawai Khas Kewangan

Norbaiti Haji.Abu Bakar.
pegawai khas Pengurusan

Zahariah Bt Ust Haron.
Pegawai Khas Sosial

Khatijah Bt Yunus.
Pembantu Tadbir Pejabat

tel:09-2661899/09-2665171 Fax:09-2671599

Dengan latar belakang yang berbeza dan pengalaman dalam pengurusan sama ada penduduk setempat atau pentadbiran kerajaan inilah langkah paling berani dan memberikkan keyakinan bagi mengurus tadbir Dun Tahan,setiap permasalahan penduduk akan diterima dan diuruskan dengan segala keupayan serta memastikan ianya selesai dalam waktu yang terdekat.

KPI pejabat Dun Tahan, dikira waktu urusan dan jumlah rakyat yang hadir bdan memberikan maklumbalas untuk menyelesaikan hal dan urusan mereka.

NKRA Dun Tahan 5 perkara utama, pembangunan infrastruktur,pembangunan ekonomi penduduk,pembangunan siasah,pembinaan insan mulia dan mengurangkan masalah soaial ini lah gerak kerja utama bagi membangunkan insan soleh diDun Tahan berakal dan berakhlak mulia serta berdaya saing.

Monday, June 21, 2010

Merintis denai membina laluan


Ketika saya mengambil alih kedudukkan sebagai Adun tahun 2008,saya lihat harapan rakyat kepada wakil rakyatnya begitu tinggi,terdapat golongan yang tercicir daripada segala kemudahan asas,ada kampung yang tidak dapat dihubungi dengan jajaran jalan tanah merah apatah lagi jalan bitumin atau jalan tar,terdapat kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih,masih terdapat penduduk yang tinggal dirumah beratap zink,beratap daun bertam atau (Cucuh)berdinding buluh,kulit kepong dan papan gergaji kayu hutan.

Ketika lawatan pertama saya kekampung Sungai Yap dan Kampung Tanjung Betong mereka amat mengharapkan agar jalan dibina,penduduk memaklumkan kepada saya kisah sedih mereka kehilangan rakan mereka, yang mengalami peristiwa hitam apabila boat yang dinaiki pelajar karam sewaktu perjalanan mereka kesekolah.

Saya bersama penduduk kampung Tanjung Betong,mereka juga menceritakan kesusahan untuk menghantar anak kesekolah dan mengeluarkan hasil pertanian dari ladang mereka.

Saya terus kekampung Doja,Kg Pasir Durian,Ulu Retang dan Kampung Gemuruh mereka juga mengeluh jalan yang sempit dinaungi pokok pokok dan tidak lagi selamat digunakan,anak anak kesekolah juga melalui kawasan yang berbahaya,penduduk dikawasan ini juga melalui kawasan ini untuk kejeti Kuala Tembeling.

80% penduduk Dun tahan mengharapkan agar dapat disegerakan pembinaan jalan dan beberapa jambatan untuk kegunaan harian penduduk.

Saya mengangarkan peruntukkan yang diperlukan untuk tujuan pembinaan kemudahan asas lebih kurang RM 500 Juta,termasuk jalan hulu tembeling,namun bukanlah bermaksud ianya mesti dilaksanakan secara serentak,perlaksanaan secara berperingkat peringkat amatlah dialu alukan.