Wednesday, July 14, 2010

Tabung Cakna Perihatin Dun Tahan



Dalam mesyuarat JK Pengurusan Dun Tahan ,telah diputuskan agar Tabung khusus untuk Dun Tahan disediakan,ekoran daripada cadangan YB Dato Wan Amizan telah meminta persetujuan J/Kuasa Pengurusan Dun, Agar tabung ini dinamakan Tabung Cakna Perihatin Dun Tahan,bertujuan untuk membantu penduduk dalam Dun Tahan secara Umumnya.

JK Tabung Cakna Dan Perihatin diangotai oleh:-
Penaung : YBM Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
Pengerusi: Dato Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak
Tim.Pengerusi: Wan Anuar Hakim Bin Wan Abd Majid
Setiausaha: Razali Bin Omar
Bandahari: Norbaiti Bt Abu Bakar

Ajk:
Suran Bin Hj Jaafar
Nordin Bin Abd Samad
Hamdan Bin Ismail
Mat Nadil Bin Imam Isa
Jamaluddin Bin Abu Bakar
Zulkifli Bin Abdullah
Norsamsuddin Bin R A Latif
Ali Asra Bin Abd Rahman
Engku Samsukhairi Bt Engku Basri

Tuesday, July 6, 2010

Perkasakah UMNO Jerantut Jika






Persidangan perwakilan UMNO bahagian Jerantut,telah selesai namun cadangan dan pandangan umum kepada kepimpinan UMNO bahagian masih jauh dari hati mereka kenapa,lihatlah keputusan pilihanraya UMUM 2008 ke 12 berasaskan kedudukkan Jk UMNO bahagian jerantut,berapakah bilangan AJK daripada Dun Damak:- Dato Ahmad Bazain Bin Mahmood,Cawangan Kampung Baru,Dato Haji Rosdi Awang sulong,Pegawai Khas YBM,Ketua Cawangan LKNP,tempat bertapaknya orang P Tawar,Haji Kamaruzaman Baria,Abd Ghafar Haji mutalib,Nizam Mohd Hassan,Hj Nazlan Idris,Haji Ahmad Jaafar,Khadijah Said(Wok Hitam)Dato Halim Jalil,Siti Hajar Bin Mubin,Jalaluddin Bin Ghazali,Us Hamzah,dan tak kurang hebatnya Zaharuddin bin abd Rahman,dikawasan Jerantut hilir juga terdapat ramai AJK UMNO bahagian yang saya dah sebut tadi,persoalanya kenapa undi BN bagi parlimen Jerantut kalah 1980 dan undi Merosot tahun 2004 majoriti 8122 kini majoriti 1946 kenapa begitu teruk dikawasan Dun Damak.

Barang diingat jumlah keluar mengundi masih rendah berbanding tahun sebelumnya,peratusan keluar mengundi hanya 78.01% dan hampir 10,734 orang tidak mengundi,apakah jika mereka keluar mengundi mereka akan pilih PKR atau mereka ini ahli BN,maka adalah menjadati tangungjawab semua untuk kenal pasti dan bawa mereka ini kemedan pertempuran sebenar,merujuk kepada fakta ini UMNO/BN perlu diperkasakan.

Jumlah pengundi Dun Damak,19,412 keluar mengundi 14,203(79%) BN Perolehi 5930 BN kalah dengan majoriti -8667 tidak keluar mengundi 4,815.undi rosak 363.

Jumlah Pengundi Dun P Tawar 18,074 keluar mengundi 14,336 (79%) BN Perolehi 8,312 PAS perolhi 5522 majoriti BN 2790 tidak keluar mengundi 4,240.Undi rosak 224

Jumlah Pengundi Dun Tahan 11,326 Keluar Mengundi 8,937 (81.6%) BN perolehi 4,977 Pas Perolehi 3,960 BN majoriti 1,017 tidak keluar mengundi 2,389 kertas undi rosak 207,inilah keputusan pilihanraya peringkat parlimen Jerantut.

Apakah JK UMNO bahagian faham fakta ini maka disebabkan itulah usul untuk memenangi kembali hati rakyat bagi mengujudkan gerak kerja yang terbaik bagi Dun Damak perlu dilakukan,kehadiran 126 taman perumahan harus dilihat dengan positif untuk kebaikkan BN

Monday, July 5, 2010

Kegagalan Membawa Kekuatan



Dalam setiap kelahiran,seseorang itu pasti menemui kegagalan tidak kira kecil atau besar.Ada yang jatuh tersungkur,ada juga yang merasakan dirinya atau pembawa sial apabila sering ditimpa kegagalan.

Namun kegagalan bukan sesuatu yang mustahil untuk ditangani,sebaliknya jika seseorang itu membulatkan tekad dan berusaha untuk mengubah nasibnya dari seorang yang gagal menjadi tokoh yang disegani,kejayaan mungkin menyebelahinya.

Semua orang inginkan kejayaan tetapi percaturan dalam hidup kadangkala tidak tepat.Sekiranya kejayaan yang kita harapkan bertukar menjadi kegagalan yang memeritkan,tidak mudah untuk kita bangkit semula.

Oleh kerana itulah saya ingin mengajak semua warga Dun Tahan untuk kita bangkit dan perbetulkan kesilapan terdahulu untuk mencari kejayaan kepada kita semua,jangan benarkan kita dirosakkan oleh kepentingan politik dan diri orang lain untuk mengheret semua penduduk dalam lembah tembeling ini kejurang dalam kegagalan

Friday, July 2, 2010

Mesyuarat Pengurusan Dun Tahan







Dun Tahan, Mesyuarat Jk Pengurusan Dun Tahan,semua ketua UMNO cawangan dan Ketua Kampung dalam Dun Tahan,hadir bermesyuarat untuk membincangkan gerak kerja dan perancangan untuk pembangunan Dun Tahan,segala janji pilihanraya dan permohonan daripada penduduk dari DunTahan,dibincangkan.

Ketua Cawangan dan ketua kampung telah bersetuju dengan 3 perkara yang dicadangkan,perkukuhkan kedudukan parti diperingkat akar umbi,rancang pembangunan ekonomi semua penduduk,selesaikan masalah Tanah (Penempatan).

Aktiviti UMNO dilaksanakan berasaskan 3M,Mengikat,Memikat dan Menyekat.

Aktiviti masyarakat perlaksanan program Cakna Tahan.

Naik Taraf kehidupan rakyat, pembesaran kampung, pengujudan kawasan pertumbuhan desa yang baru dan Rancangan Tanah Kelompok.

Memperbanyakkan aktiviti melibatan kegiatan keagamaan,kebudayaan,sukan dan kebajikan.

Tabung bantuan becana segera juga telah kita tubuhkan atas nama Tabung Cakna Perihatin Dun Tahan,tujuan tabung ini adalah untuk membantu mangsa kemalangan,yang dalam kedaifan,kesusahan,kemiskinan dan juga yang ditimpa musibah.