Powered By Blogger

Monday, July 5, 2010

Kegagalan Membawa Kekuatan



Dalam setiap kelahiran,seseorang itu pasti menemui kegagalan tidak kira kecil atau besar.Ada yang jatuh tersungkur,ada juga yang merasakan dirinya atau pembawa sial apabila sering ditimpa kegagalan.

Namun kegagalan bukan sesuatu yang mustahil untuk ditangani,sebaliknya jika seseorang itu membulatkan tekad dan berusaha untuk mengubah nasibnya dari seorang yang gagal menjadi tokoh yang disegani,kejayaan mungkin menyebelahinya.

Semua orang inginkan kejayaan tetapi percaturan dalam hidup kadangkala tidak tepat.Sekiranya kejayaan yang kita harapkan bertukar menjadi kegagalan yang memeritkan,tidak mudah untuk kita bangkit semula.

Oleh kerana itulah saya ingin mengajak semua warga Dun Tahan untuk kita bangkit dan perbetulkan kesilapan terdahulu untuk mencari kejayaan kepada kita semua,jangan benarkan kita dirosakkan oleh kepentingan politik dan diri orang lain untuk mengheret semua penduduk dalam lembah tembeling ini kejurang dalam kegagalan

No comments:

Post a Comment