Powered By Blogger

Saturday, October 23, 2010

Melayu Terus dipertahankan,selagi UMNO memerintah

sebahagian daripada intipati ucapan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak,Presiden UMNO, dengan tegas menyatakan UMNO akan terus pertahankan dan melindungi hak serta kepentingan Melayu dan Bumiputera yang terpatri kemas mengikut perlembagaan Negara,sebagai anak muda Melayu saya terharu dan berasa bangga dengan ungkapan dan kelantangan beliau menyatakan secara berani dan tegas hala tuju perjuangan dalam meneruskan pembelaan kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Semasa pengulungan dengan tegas beliau sekali lagi mengulangi perkara yang bersangkutan dengan perkara yang telah terpatri dalam perlembagaan oleh yang demikian saya dengan tulus ikhlas mengajak sekalian anak muda untuk bersatu hati,pemikiran dan tenaga untuk memastikan kekuatan sokongan orang Melayu kembali berpusat kepada UMNO,yakinlah inilah pemimpin yang kita tunggu dialaf baru untuk mendepani politik baru masa depan,bukan pemimpin yang sanggup mengadaikan segalanya kerana kedudukkan.