Powered By Blogger

Thursday, October 27, 2011

Unit Media Baru Jerantut

Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli Unit Media baru Jerantut yang diterajui dan di urus selia oleh Sdr mustaffa Maaroff,semoga dengan adanya UMB Jerantut ini akan memberikan input yang baik kepada semua demi masa depan yang lebih baik, seruan saya gunakan medan ini untuk kebaikan bersama, bukan kerana hasad dengki,fitnah memfitnah,buruk memburukkan antara satu sama lain, penyaluran maklmat yang betul akan membantu kepimpinan menjalankan tugas dan amanah dengan lebih berkesan lagi.... tahniah

Thursday, March 31, 2011

Adun Tahan Masih Bertahan Dan Terus Bertahan Demi Masa Depan Rakyat

Salam semua penduduk Dun Tahan dan penyokong yang saya kasihi sekalian, ada berita yang telah disebarkan bahawa ADun Tahan telah dikenakan Undi Tidak Percaya,itu hanya satu fitnah....... ianya bermula dari mesyuarat UMNO cawangan K Tahan,yang telah disuarakan oleh sdr Roslan @ atan kepada rasa tidak puas hati dan marah beliau kepada Adun Tahan,namun ianya telah berakhir dengan cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah puluhan tahun tidak selesai...... perkara ini timbul kerana salah faham dan salah maklumat sahaja ianya tidak dirancang ataupun bukan bertujuan untuk mengugut sesiapa tetapi ialah luahan hati seorang saudara kepada saudarnya yang dilihat tidak ambil peduli,nak bermanjalah maksudnya,orang lain jangan cuba nak campur.....

saya juga telah menjelaskan bahawa kemarahan itu ujud dari rasa tak puas hati berasaskan fakta yang salah,tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada saya selaku Adun Tahan,adalah tidak benar,saya dikatakan telah merampas tanah rakyat di kuala tahan,sila buktikan saya akan serahkan balik jika ada,,,,,,.......isu tanah yang diluluskan kepada PSK (PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN) seluas 700 ekar pada tahun 2006 saya masih belum menjadi wakil rakyat lagiiiii.....Felda Herba Kini Jadi Rebar saya yang pikul.

Saya telah memberikan penjelasan kepada mereka dan penerangan apakah yang dirancang untuk mereka,dalam penjelasan itu mereka sudah faham dan jelas dengan apa yang kita rancangan dan sedang lakukan untuk penduduk dan rakyat diDun Tahan.

Malahan saya telah jelaskan kepada mereka saya sedang menyusun lot lot tapak rumah untuk diagihkan kepada penduduk seluas 6000 kaki setiap lot dan berharap ianya dapat persetujuan Kerajaan Negeri,tujuan cadangan ini dilakukan ialah kerana saya sedar dan tahu isu dikuala tahan,penduduk mahukan tanah tapak rumah kerana ada dikalangan mereka bergantung dan menumpang dirumah keluarga apa asasnya ialah kerana pihak kerajaan melalui Felcra gagal membina keseluruhan rumah Felcra tembeling tengah sebagai mana yang telah dijanjikan pada tahun 2004,lebih kurang 250 unit rumah tidak dibina oleh Felcra sedangkan Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah untuk cadangan tersebut.

Kenapa rumah Felcra Tembeling Tengah sangat penting,kerana keseluruhan penduduk yang berada dikuala tahan ini tidak mempunyai rumah bagi golongan muda,perkara ini telah dinyatakan kepada YAB Menteri Besar semasa dialog pada tahun 2006( perkara ini telah dibangkitkan oleh Ali Asra Kepada YAB Menteri Besar Pahang) untuk menyegerakan pembinaan rumah bagi golongan muda.

pihak kerajaan melalui pejabat tanah dan daerah telah meluluskan tapak cadangan perumahan seluas 25 ekar dikampung padang bagi tujuan pembinaan rumah murah oleh Jabatan Perumahan Negera namun hingga kini masih tiada jawapannya bilakah ianya akan dibina. 2 Rancangan Tanah Kelompok kampung kuala tahan dan kampung tuit telah dirancang untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri setiap peserta diberikan kelulusan seluas 0.899 hektar bersamaan dengan 2 ekar setiap lot untuk penduduk kampung padang dan kuala tahan secara amnya dan dun tahan secara khususnya kini sedang dalam proses hampir 400 peserta akan dapat peluang ini.

Isu penduduk Kampung Gol ialah RTK Kampung Gol,sedang dalam proses untuk kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri semua nama peserta yang dicadangkan oleh Ketua Kampung (Nordin bin Samad) telah diangkat untuk pengesahan MMK(Majlis Mesyuarat Kerajaan)tiada satu pun nama yang dicadangkan dipotong atau ditingalkan. Isu padang ragut diambil oleh syarikat Dato Wan Amizan,adalah fitnah Tok 4 Nordin semata mata kerana tanahn itu tidak bolh dipohon oleh sesiapa kerana pihak jabatan Vaterinar sedang memajukkan untuk projek ternakkan lembu dan kerbau....

Hanya kini isu ini diputar belitkan oleh pihak pihak yang tidak bertangung jawab kerana kepentingan politik sempit mereka,percayalah jika kita sentiasa bersangka buruk kepada orang lain kita sentiasa akan mendapat perkara yang buruk,jangan hanya kita lihat kuala tahan sahaja yang susah semua penduduk dipendalaman hulu Tembeling juga susah tetapi kini kita sama sama atasinya dan berdoa apa yang dirancang menjadi kenyataan,hanya dengan pertolongan dan pertimbangan terbaik daripada YAB Dato Sri diRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan Barisan Exco kerajaan Negeri ianya akan menjadi lebih cepat dan mudah insyaallah.....

Wednesday, December 29, 2010

Sambutan tahun baru 2011 peringkat dun tahan


PERHATIAN,PERHATIAN,PERHATIAN
Khas Penduduk Dun Tahan
semua penduduk,pemimipin dan warga Dun Tahan dijemput hadir ke majlis sambutan tahun baru 2011 peringkat dun tahan:-

Tempat Perkarangan Masjid Felda Padang Piol
Masa, 7.00 Ptg Majlis bacaan yassin dan tahlil
sambutan kemuncak, qiamulail dan diakhiri dengan sholat subuh.

semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ilmu dan diharap mendapatkan keredhaan
Allah Swt demi kebaikkan semua penduduk

Tuesday, December 14, 2010

Faedah berganda pemikiran hebat






Saya bertanya akan diri saya, bagaimanakah caranya akan manjadikan penampilan diri kita dan pemikiran kita akan lebih baik dan hebat serta memberikan banyak faedah kepada orang lain,apakah yang cuba saya tulis disini ialah tentang peluang dan cara mendapatkan peluang untuk berjaya dan memberikan banyak faedah kepada orang lain dan diri sendiri.

dengan cara yang boleh membawa perubahan kepada pemikiran dan pandangan orang lain terhadap diri kita yang sangat negetif kepada positif,hanya kadang kadang kita terlalu baik apakah kita akan dianggap bodoh atau kita terlalu takut dan sentiasa bersembunyi disebalik keupayaan sebenar menjadikan kita dilihat rendah akal budinya, dengan tidak menyatakan harga yang kita beli menyebabkan baju kita dilihat tidak berkualiti,walahal bajunya sangatlah mahal....

Saturday, October 23, 2010

Melayu Terus dipertahankan,selagi UMNO memerintah

sebahagian daripada intipati ucapan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak,Presiden UMNO, dengan tegas menyatakan UMNO akan terus pertahankan dan melindungi hak serta kepentingan Melayu dan Bumiputera yang terpatri kemas mengikut perlembagaan Negara,sebagai anak muda Melayu saya terharu dan berasa bangga dengan ungkapan dan kelantangan beliau menyatakan secara berani dan tegas hala tuju perjuangan dalam meneruskan pembelaan kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Semasa pengulungan dengan tegas beliau sekali lagi mengulangi perkara yang bersangkutan dengan perkara yang telah terpatri dalam perlembagaan oleh yang demikian saya dengan tulus ikhlas mengajak sekalian anak muda untuk bersatu hati,pemikiran dan tenaga untuk memastikan kekuatan sokongan orang Melayu kembali berpusat kepada UMNO,yakinlah inilah pemimpin yang kita tunggu dialaf baru untuk mendepani politik baru masa depan,bukan pemimpin yang sanggup mengadaikan segalanya kerana kedudukkan.

Wednesday, July 14, 2010

Tabung Cakna Perihatin Dun Tahan



Dalam mesyuarat JK Pengurusan Dun Tahan ,telah diputuskan agar Tabung khusus untuk Dun Tahan disediakan,ekoran daripada cadangan YB Dato Wan Amizan telah meminta persetujuan J/Kuasa Pengurusan Dun, Agar tabung ini dinamakan Tabung Cakna Perihatin Dun Tahan,bertujuan untuk membantu penduduk dalam Dun Tahan secara Umumnya.

JK Tabung Cakna Dan Perihatin diangotai oleh:-
Penaung : YBM Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
Pengerusi: Dato Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak
Tim.Pengerusi: Wan Anuar Hakim Bin Wan Abd Majid
Setiausaha: Razali Bin Omar
Bandahari: Norbaiti Bt Abu Bakar

Ajk:
Suran Bin Hj Jaafar
Nordin Bin Abd Samad
Hamdan Bin Ismail
Mat Nadil Bin Imam Isa
Jamaluddin Bin Abu Bakar
Zulkifli Bin Abdullah
Norsamsuddin Bin R A Latif
Ali Asra Bin Abd Rahman
Engku Samsukhairi Bt Engku Basri